12.9.11

Peristiwa Bukit Kepong : The Last Post

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Anggota Polis
  1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
  4. Konstabel 9136 Hassan Osman
  5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
  6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
  7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
  8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
  9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
  11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
  12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. AP 2130 Samad Yatim
  3. AP Mahmood Saat
  4. AP 1925 Ali Akop
  5. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng
~Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang Negara ini yang beragama Islam dan berafakur untuk mereka. Kalau pun tidak mahu dikenang sebagai wira, pejuang, pahlawan atau sebagainya, janganlah pula mereka dihina dan di tuduh pula sebagai petualang. kerana kita, belum tentu sanggup menggadai nyawa seperti mereka.~ 

    1 comment:

    1. bangga nyer saya jika awak juga mampu berjuang seperti mereka abang. dan saya tau..awak mmg sgt patriotik!

      ReplyDelete