19.9.11

Nostalgia Pak Ku Shadat

Semenjak dua menjak ni aku suka cari balik lagu2 nyanyian Pak Ku Shadat kat youtube. sebenaqnya, bila aku dengaq balik lagu2 Pak Ku Shadat aku teringat zaman aku kecik2 dulu, aku teringat jugak kat arwah ayah aku.aku ingat lagi suatu ketika dulu dalam lewat 80an hingga awal 90an lagu2 Pak Ku Shadat banyak berkumandang di corong2 radio bila RTM Kedah memutarkan lagunya. selain tu, di pasar2 malam, pekan senanyan (Isnin) dan pasar sehari di gerai yg jual kaset2 pirate (masa tu tak dak lagi vcd/dvd) akan memutarkan lagu Pak Ku Shadat untuk menarik pelanggan dan sebagai tanda di situ ada jual kaset Pak Ku Shadat. tp yg ori punya, pasal kaset Pak Ku Shadat yg ori punya pun lebih kurang ja harga dengan kaset pirate artis2 popular ketika tu, maklumlah, artis kampung ja. Ekspo2 anjuran kerajaan juga seperti ekspo pertanian, ekspo pendidikan dan lain2 ekspo seumpamanya juga di Negeri Kedah ni akan memainkan lagu2 Pak Ku Shadat. tidak ketinggalan rumah2 kenduri pada masa tu pun akan memutarkan kaset Pak Ku Shadat, maka meriahlah majlis kenduri kendara tu apabila suara Pak Ku Shadat yg cukup popular di Negeri Kedah ketika tu berkumandang di corong speaker rumah kenduri yg biasanya di pasang di pokok nangka, pokok nyiok, pokok pinang atau apa2 pokok tinggi yg ada depan rumah kenduri tu. klu tak dak pokok kat umah tu, tuan rumah akan pasang speaker pada buluh panjang dan buluh tu diikat ke tiang khemah kenduri, dari jauh dah boleh dengaq bunyi kemeriahan rumah kenduri dari speaker tinggi yg ala2 menara siren di kem tentera.

Pak Ku Shadat merupakan suatu fenomena ketika itu terutamanya dari kalangan rakyat negeri2 di utara semenanjung. fenomena Pak Ku Shadat ni dah sama macam fenomena Mawi, Wali Band mahupun Maher Zain yg kita rasai hari ini. cuma gelombang fenomenanya hanya dirasai di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Lagu2 nyanyian Pak Ku Shadat yang didendangkan di dalam loghat Kedah begitu dekat dengan hati penduduk utara pelbagai lapisan. orang tua suka, orang muda suka, budak2 pun suka, tak kira lelaki, perempuan mahupun pondan. selain itu, lagu2nya juga penuh dengan unsur2 nasihat dan bukan hiburan semata2. muziknya pula hanyalah paluan gendang, gong dan tiupan serunai.

Dalam banyak2 lagu, yg paling popular dan menaikkan nama Pak Ku Shadat ketika tu ialah lagu Vespa Hj Samad. di sekolah aku ngan kawan2 aku asyik menyanyi lagu tu. balik umah aku main depan rumah kawan aku, ayah dia pasang kaset Pak Ku Shadat lagi. dan yang paling aku tak boleh lupa masa aku ikut ayah aku ke suatu kenduri kahwin di Petronas Jeniang, mungkin anak tokey petronas tu kawin kot, tuan rumah menjemput Pak Ku Shadat menyanyi live di majlis kendurinya. aku sampai tak ingat nak makan, asyik la dok perati Pak Ku Shadat menyanyi. Pak Ku Shadat masa tu tak bawak team muziknya, tp dia bawak minus one dan dia sendiri kontrol peralatan PA sistem tu. aku tgk pak ku shadat duduk atas kerusi, depannya ada meja mcm meja sekolah n atas meja tu ada sebuah buku, dia menyanyi sambil merujuk kepada buku tu. manakala pa sistem n player ada di sebelah dia. Pak Ku Shadat memakai baju melayu serba hitam dan bersampin serta sehelai kain merah diikat ke kepalanya ala2 tanjak orang dulu2.

Suatu hari ayah aku bawak balik kaset Pak Ku Shadat dan tunjukkan kat aku, bukan main suka lagi aku. aku ingat lagi cover depan kaset tu ada gambar Pak Ku Shadat berpakaian kebangsaan berdiri di sebelah kereta Proton Saga. mungkin kaset tu yg versi special dedicate sempena pelancaran kereta nasional pertama thn 1985. aku terus suruh ayah aku pasang kaset tu, ayah aku cakap radio dia tak leh main kaset, so ayah aku mainkan kaset Pak Ku Shadat kat radio dalam kereta dia. lepas daripada tu, setiap kali naik kerata ngan ayah aku, kaset Pak Ku Shadat lah yg menemani perjalanan kami sampai aku boleh hafal lagu2 dia.

Itu cerita lebih 20 tahun yg lalu...hari ni Pak Ku Shadat dah tak ada lagi. beliau telah kembali kerahmatullah pada 1 Disember 2008 ketika usianya 88 tahun. beberapa tahun sebelum tu aku ada terbaca kat paper kisah penderitaan Pak Ku Shadat yg dah uzur, tinggal dirumah usang yang disewanya bersama isteri, tiada pendapatan tetap. kesian...diceritakan lagi, walaupun telah uzur, Pak Ku Shadat masih membuat persembahan di rumah2 kenduri jika dijemput, itupun semakin kurang job yg dia dapat.
sekarang...lagu2 Pak Ku Shadat tidak lagi kedengaran di corong2 radio, pasar2 malam, ekspo dan rumah kenduri. tidak lagi menjadi siulan di bibir rakyat utara tua dan muda. dilupakan terus. apatah lagi artis2 luar semakin ramai datang cari makan di bumi bertuah ni, orang lagi suka dengar lagu Maher Zain dan Justin Bibir. biarlah... dapat yg baru yg lama jangan dibuang.

Siapakah insan seni bernama Pak Ku Shadat yang sangat patriotik dan berjuang dengan caranya yg tersendiri ini? ce tgk.....
V
V
V
Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.

Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin. Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.
Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Pak Ku Shadat tinggal di rumah sewanya di tengah sawah Tambun Tulang, Perlis, ketika saya berusaha mencari Pak Ku Shadat yang sudah lama menghilangkan diri. Walaupun dipujuk beberapa kali hendak merakamkan persembahan Allahyarham dalam bentuk vcd, tapi Pak Ku tetap dengan pendiriannya hendak mengundurkan diri di bidang seninya kerana katanya dia kecil hati dengan beberapa orang yang menghina kebolehannya itu.
"Depa kata suara Pak Ku dah tak sedap lagi.. jangan menyanyi lagi...", keluhnya kecewa.

~ psst : lagu Pak Ku Shadat kegemaran aku ialah Vespa haji Samad, Kisah Zaman Jepun, Di Sekolah Hari ini, Proton Saga dan Pi Mai Pi Mai Tang TU

No comments:

Post a Comment