Pontian, 24.5.2011 @ 0500hrs - aku baru balik operasi, lepas selesai buat repot aku tgk2 skjap fb, email etc. tiba2 aku teringat pada seseorang, sahabat cyber aku yang dah lama lost contact. mcmana nak cari dia? hurmm... aku buka semula frenster yg dah berkurun x buka, klu kitab yg mcm tu punya lama x dibuka mungkin berhabuk ataupun dah dimakan anai2. tapi ini alam cyber kan, xkan nak dimakan anai2. aku try buka, nasib baik masih ada, belum xpired. sahabat yg aku nak cari ni umonya muda setahun dari aku, namanya bermula dengan Nur...
Bukan! bukan! owhh tidak sama sekali! Bukan dia! Bukan Nur yang itu, bukan juga Nur Kasih yg tgh hot kat panggung tu (haram tak best pun citer tu, aku dah tgk) tp namanya Nur Faizatul Akma dari Baling, Kedah. aku kenal dia melalui frenster dalam tahun 2005 kot. dia student kat UUM dalam bidang Mass Communication. selepas bermesej2 kat fs. kami bertukar no telefon. pastu hari2 lah bergayut. dah kenal tu, kami ala2 bercinta jarak jauh la..sepanjang kenal dengan dia, dia ada bagitau yg dia menderita sejenis penyakit pelik (nama penyakit tu pun pelik, aku dah tak ingat). penyakit ni amat jarang di temui, dinisbahkan hanya seorang penghidap dalam 5juta orang. ini disahkan sendiri oleh Dr. Sham yang merupakan kawan baik aku dan juga doktor peribadi aku. Dr Sham kata yg dia penah terima pesakit yg mcm ni, dtg ambik krim kulit masa dia bertugas di klinik kesihatan prai.
Dari kenal sebagai sahabat maya, aku mula bersimpati dengan dia. setiap kali kami bersembang, dia akan menceritakan tentang kehidupan seharian dia yg tak lekang dengan ubat - ubat makan, ubat sapu, suntikan etc. katanya kalau dia tak ambik semua ubat2 tu, kulitnya mula akan gatal2, merekah, berair dan sakit. selama ni dia cuma bertahan dengan ubat. dia mula diberikan cuti untuk berehat dirumah, sehingga semester tu habis. cuti semester dan semester bersambung semula, akma masih tak dapat meneruskan pengajiannya. UUM benarkan akma untuk menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu.
Selain tu, akma yang petah bercakap tu (budak mass comm kan,, ) juga selalu meluahkan pada aku betapa tinggi harapan dia untuk pulih seperti sedia kala dan dapat meneruskan pengajian. akma juga beritahu yang dia amat2 rindukan kawan2 sekolahnya terutama di Sek Men Sultanah Asma (asrama penuh) dan kawan2 kat UUM.
Hari2 berborak dengan akma, aku dapat rasa yg suara dia semakin hari semakin lemah, bila aku bercakap dan bercerita akma dah kurang menyampuk. bila aku bertanya, akma lambat ja nak menjawab, yg aku ni plak bila org mcm x bg perhatian bila aku cakap mulalah nak hangin. aku selalu usik akma kata yg dia communication fail. akma paling pantang kalau org cakap dia communication fail. dia akan marah aku dan terus cakap omputih kat aku. bila akma cakap omputih, aku plak yg fail..hehehe
Sepanjang kenal akma, banyak kali gak aku ajak dia jumpa. tp dia tak mau. macam2 alasan yg dia bagi, pernah aku kebetulan ada hal di Baling, aku sampai sana aku call akma n ajak jumpa kat pekan tapi dia tetap berkeras tak mahu jumpa. aku pulang dengan hampa. akhirnya akma bgtau yg dia tak macam org lain, dia langsung dah tak boleh terdedah dengan cuaca di luar, akma cuma boleh duduk di rumah je. aku cakap nak pegi melawat dia dirumah, akma tetap tak benarkan dan selepas itu kami jadi sedikit renggang. dah jarang2 call.. sms je bertanya khabar, itupun akma selalu tak reply. tp aku tahu yang dia sedang sakit.
Hari silih berganti.. September 2008 aku masuk ke PULAPOL KL. bermula dari situ aku tak dapat lagi contact akma, no hp, no laptop, no brodband. kat pulapol aku pernah terkantoi hp n hp aku kena rampas dan tak dipulang2. aku ngan dia terus lost contact. aku ada hantar msg kat akma melalui fs n email, tp tak berbalas. masa aku praktikal kat penang antara mac - jun 2009 aku ada terbaca kisah akma kat dalam Berita Harian - tajuknya "Pelajar pintar rindukan kolej" (aduh... aku rindukan kau akma, kau rindukan kolej pulak). dalam berita tu tulis penyakit akma semakin serius, akma hanya terlantar di rumah dan keluarga dia merayu bantuan kalau tak silap aku rm40k untuk ubati akma. aku tgk dalam gambar tu akma dah kurus melidi. aku call Dr Sham suruh dia tgk paper, Dr Sham cadangkan kat aku supaya aku pergi melawat akma. kebetulan dalam cerita pasal akma tu ada dituliskan alamat rumahnya sekali. Dr sham kata mungkin Akma adalah pesakit yg pernah jumpa dia dulu dan dia pulak yg xcited lebih nak gi melawat Akma.hehe
Suatu pagi semasa berkawad dari berek bujang menuju ke bas untuk pi ke IPD tempat praktikal masing2 aku berjaya menyelinap keluar baris tanpa pengetahuan jurulatih dan menuju ke parking kereta di berek. disitu Dr sham dah tunggu aku dalam kereta. naik keta dr sham aku terus salin baju dan bermulalah operasi khas kami - mencari dan meniarahi Nur Faizatul Akma. kami bersarapan dulu kemudian menghala terus ke alamat yang dituju. sampai di alamat, kami tgk rumah mcm tak ada penghuni, jiran dia bgtau semalam diorang bawa akma balik kg di Langgar, A.Star untuk try kaedah traditional. kami pulang dengan hampa. dan selepas itu aku pun tak berusaha menjejaki akma lagi. sibuk dengan training, tamat latihan sibuk dengan kerja pulak. aku seakan lupa yg aku pernah mengenali seorang insan tabah bernama Nur Faizatul Akma.
Hurmm... pagi ni ntah kenapa aku tiba2 teringat kat akma n aku buka semula frenster dan melewati page Akma. aku tgk profile picturenya masih macam dulu, aku tgk post terakhirnya bertarikh 3.10.2009. aku xplore page akma. cuba cari sesuatu yg update tentang akma. aku baca komen2 dari kawan2 akma....
tiba2 aku terkesima bila baca antara komen2 yang terdapat di pagenya...
salam..kepada kawan akma...untuk pengetahuan anda noor faizatul akma telah kembali ke rahmatullah pada 14/02/01 iaitu hari ini.sama2 kita doakan arwah berad di kalangan orang2 yg beriman...alfatihah..
kepada sapa2 yg mengenali pait, (nor faizatul akma binti mohd fauzi), pait telah meninggal dunia semalam,feb 14, dikebumi jam 12 tghari, feb 15, di rumah atuknya di Jln Makam, Langgar, sama2 mendoakan smoga roh arwahyarhamah dicucuri rahmatNYA, Al-fatihah.
Noor Faizatul Akma bt Mohd Pauzi..1984~2010..moga rohnye diatempatkan bersama orang2 yang beriman..amiiinn
innalilla...leh tau dak sakit pa?
Tiba2 suara Akma yang petah bercakap tu seakan2 terngiang2 di telinga aku. aku sedih, terharu dan terkilan. aku sedih kerana aku tahu betapa dia menderita dengan penyakitnya. aku terharu dengan semangat akma yang tinggi melawan kesakitannya hinggakan suaranya dan gaya percakapannya seakan sentiasa riang (bukan macam sejenis manusia yang Allah kurniakan kesihatan tapi mencanang yang dia sakit tahap kritikal semata2 mahukan perhatian dan simpati orang yang ditipunya dan orang yang kena tipu tu pun sama 2x5), aku terkilan kerana aku tak sempat berjumpa dengan akma, aku tak sempat memohon ampun dan maaf kalau sepanjang perkenalan kami aku ada berbicara yang mengguris perasaannya (sebab tu aku tak suka bermusuhan dan di anggap musuh, kerana kita tak tahu bila kita akan mati, bermaafanlah, x guna menyumpah seranah orang, nanti seranahnya patah balik atas muka sendiri kot tak tertanggung).
Akma telah kembali ke Rahmatullah pada 14 February 2010 (ade org panggil valentine day), waktunya yang tepat tak diketahui. Dan aku juga terfikir saat Akma menderita dengan kesakitannya, saat Akma bertarung nyawa, saat Akma didatangi dengan sakaratul maut, apakah yang sedang aku lakukan? 14 Feb 2010, adakah pada masa tu terlintas difikiran aku tentang Akma? adakah aku berkongsi kesedihan dengan keluarga Akma? mungkin tidak, malah ketika tu aku mungkin sedang dibuai dengan saat2 indah, kehangatan cinta yang belum pastinya bersatu.
Ya Allah... kau ampunkanlah segala dosanya, semoga setiap kesakitannya akan menggugurkan dosa2nya dan kau tempatkanlah dia bersama orang2 yang beriman. ALFATIHAH buat Allahyarhamah Nur Faizatul Akma Binti Mohd Pauzi.
frenster page >>> http://profiles.friendster.com/15039512 @ cool_iceberg84@yahoo.com
beruntung arwah dapat kawan seperti awk..sy cemburu kan arwah..
ReplyDeleteAssalam, today 18Feb 2020
ReplyDeletesaya adik arwah... tergerak hati nak cari pasal kakak sy kt google.. alhamdulillah sy jumpa... terima kasih sebb abg sudi jadi pendengar setia buat arwah kakak sy kesayangn saya...