Salam terakhir dari meja Narkotik...
Hari ini 26.05.2011 merupakan hari terakhir aku sebagai Peg R.O.T JSJN kat sini... esok 27.05.2011 seawal pagi aku perlu ke majlis serah/terima tugas baru aku yang akan diadakan di rumah kelab IPD. apa yang pasti, jauh lebih mencabar minda aku, dan tanggungjawab yang lebih besar berbanding job aku sekarang. bukan job sekarang tak mencabar, job aku sekarang mencabar dari segi fizikal, tp mental aku relaks. job yang akan aku pikul lepas ni rilek dr segi fizikal tapi mencabar dari segi mental. terus terang motivasi aku terhadap kerja sekarang ni sedikit menurun. ye lah aku nak kena bertukar lagi, wpun masih ditempat yg sama, cuma berlainan pejabat tapi bidangnya amat berlainan dengan bidang yg aku ceburi sedari tamat latihan. jiwa aku dah sebati dengan JSJN, tiba2 bos suruh aku bertukar potfolio pulak.
Sejak beberapa hari ni, aku terima byk ucapan tahniah daripada peg n anggota bukan saja kat ipd ni, malah ipd2 lain. huh! sekejap benor berita ni tersebar, mesti ada yg kepoh ni. tak kurang juga yang usik mengusik dengan berkata.. "warhh...dah naik level, lepas ni main golf la, x main basikal lagi dah" dan lebih bingit bila ada yg kata "masyuk la tuan, jaga projek". huishh.... aku sebelum jadi polis lagi dah memang itu keja aku, jaga projek, cari projek. kerja yg amat memeningkan kepala, aku masuk polis ni pun sebab dah fedup dengan kerja yg macam tu.Teringat aku macamana mula2 minat aku muncul untuk jadi polis dulu.. selain daripada faktor ayah aku adalah bekas polis, antara penyumbang terbesar dalam minat aku ni ialah cecite Gerak Khas...huhu... syiok je tgk diorang wat kje tgkap penjenayah, lari sana, lari sini. masa tuh aku dah mula bosan dengan keja aku dlm bidang construction yg penuh dengan adegan lobi melobi, tindas menindas, potong tang kona, tikam belakang etc. dan bila aku dapat join polis, dapat pula bahagian operasi nako, dah ala2 mcm cite gerak khas dulu tula.. aku bekerja dengan hati yg senang, life in work and work in life. aku bersyukur sangat. aku bekerja sampai tak balik umah pun tak kisah.
Tetiba suatu pagi bos sms aku dan bertanyakan samada aku berminat untuk satu jawatan tu, katanya lagi, jawatan tu related dengan kelulusan aku n aku ada peluang cerah untuk pergi lebih jauh apatah lagi selepas proses pembesaran dalam PDRM yg sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan skrg ni. aku reply - saya masuk tahun ketiga dalam JSJN sejak dari tamat latihan, saya rasa dah serasi dengan saya dan saya tak berminat untuk ke jawatan tu. bos aku sms lagi cakap aku jangan cepat tolak rezeki, lagi pun apa yg dia ofer ni untuk aku jadi orang no wahid dalam jabatan tu. betul juga katanya, if aku dlm JSJN aku cuma salah sorang dari pegawai dalam cawangan narkotik, tapi kalau aku terima tawaran dia, aku jadi salah sorang dalam dalam daerah n kontrol seluruh cawangan tu dalam daerah ni. apapun katanya dia mintak aku fikir baik2 dan beri jawapan kemudian. Keesokannya ketika aku kat pejabat, aku terima satu semboyan bertajuk "Majlis serah / terima tugas jawatan Ketua Bahagian Logistik Daerah (KBLD) diantara C/Insp Nazimi kepada Insp Jasrul pada 27.05.2011". terkezut aku, semalam bos ckp suruh aku fikir dulu. tp harini dah kuar semboyan mcm ni plak, maksudnya aku kena ke jawatan tu jugak!
Dalam kekalutan ni, ada yg menyokong, tak kurang juga yg menjeling kerana mengharapkan kerusi itu untuk mereka. sebelum ni bos pernah suruh aku jalankan tugas sementara sebagai Ketua Polis Balai Pekan Nenas, pun ada yg tak puas hati. skrg bos suruh aku masuk KBLD pulak, malah kali ini perjawatan aku dari IO narkotik juga ditukarkan kepada KBLD - bermakna ia akan menjadi tugas hakiki aku lepas ni. mungkin mereka ingat aku kroni bos. tapi Demi Allah aku tak pernah mintak, malah dengan rasa rendah diri aku cuba tolak tawaran ni sebab aku sendiri pun tak berminat. kalau ada yg hingin ambik lah. aku x nak. aku juga bukan kroni sesiapa, aku tak ada kabel, tak pernah ada "back door" untuk aku. cuma setiap tugas yang diberikan aku buat dengan penuh minat. kali ni tak tau lah ada lagi ka minat aku tu.
Aku cuba memotivasikan diri aku sendiri untuk masuk ke tugas baru ni yg kerjanya opis hour, sama macam kerja aku sebelum masuk polis dulu. ada pro dan kontranya setiap apa yg terjadi. aku perlu pandang dari sudut positif untuk mengembalikan disiplin n dedikasi aku terhadap tugas. Insyaallah, rezeki ada di mana2. kalau ini yg Allah telah tetapkan laluan untuk aku dalam kerjaya, aku redha. aku buang jauh2 rasa takut terhadap beban yg bakal aku galas. yg paling besar aku nampak adalah projek pembinaan balai baru yg sedang rancak berjalan selain renovation works IPD lama untuk dijadikan Sek Latihan Polis dan majlis perasmian IPD baru hujung tahun ni (IPD yang diduduki skrg ni masih belum dirasmikan lagi). semua tu akan terletak di atas batu jembalang patik sebagai KBLD dan person incharge dalam jabatan logistik.
TIBA-tiba aku teringat pulak, sepanjang aku dalam PDRM ni dah beberapa kali aku melaui detik2 yg macam ni, kali pertama aku diarahkan bertukar dari IPD lama ke IPD sekarang, kemudian aku diarahkan pula menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Balai, dan kini KBLD pula. ada suara sumbang yang mengatakan aku ditukarkan sebab ada rekod buruk tatatertib berkaitan aku. dari segi logiknya, tiada langsung logik berkaitan dakwaan itu kerana di dalam PDRM sekiranya kita ada melanggar peraturan tatatertib, pekara pertama ialah kita akan terima surat rasmi pemberitahuan kesalahan dan seksyen kesalahan seperti yg termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN). aku tak pernah terima apa-apa surat pun malah arahan pertukaran dari semasa ke semasa adala trend dalam PDRM dan pucuk pimpinan lebih tahu bagaimana mahu menyusun tadbir pegawai dan anggota mereka. wbagaimanapun supaya aku lebih berpuas hati, aku sendiri bertanya kepada pihak tatatertib iaitu DSP Leong ketika membuat lawatan naziran ke IPD minggu lepas. dan jawapannya adalah sama seperti yg aku fikirkan sejak awal. malah DSP Leong pula tya aku, - "mcamana itu orang lagi tahu dari kita ar?" ntahlah, aku pun taktau.. yang penting aku fokus kepada tugas aku. hantarlah aku ke PDRM cawangan dasar laut sekali pun, aku tetap akan jalankan tugas aku sebaik mungkin kerana POLIS SEDIA BERKHIDMAT!
No comments:
Post a Comment