Setahun berlalu seperti baru semalam
Cepat betul masa berlalu, hari ni genaplah setahun ayah aku pergi meninggalkan kami semua. semalam kakak2 aku sibuk hantar sms memperingatkan aku tentang tarikh hari ini. aku tak pernah lupa. kak da pulak bagi sms kat aku katanya "apa kata kita khatam alQuran untuk ayah macam dulu?, tahlil nanti bincang lain", aku jawab ok lah, tolong susunkan semuanya. tak lama lepas tu kak da reply "baca juzuk 3, malam ni boleh mula, niat untuk ayah". tahun lepas aku kena juzuk 4 dan 5.
Terasa seperti baru semalam bersama ayah, berceloteh dengan ayah, bersembang dengan ayah, dengar cerita ayah, dengar ayah buat lawak, bergelak ketawa dengan ayah, sambil mak pulak berleter, "hishh.... dua beranak ni meghenyeh apa ntah, hingaq sampai ke dapuq..cuba la senyap sikit". hahahaha.... macam tu lah kalau aku ada masa bersama ayah, duduk di meja bulat kat ruang tamu, sambil tangan menggulung rokok daun ayah atau pun ayah tolong gulungkan untuk aku, kami bersembang bermacam2 topik.dari isu semasa, politik, hal keluarga, hal kerjaya, cerita2 lama, pasal persatuan dia dan macam2 lagi. ayah tak pernah jemu bercerita tentang kisah dia zaman muda, kisah adik beradik yang lain masa kecik, tentang aktiviti dia dalam persatuan, sambil aku pun menyampuk dan bertanya itu dan ini. indah sungguh saat tu.
Kalau ada kelapangan pula, ayah akan ajak aku balik ke kampung, tak pun ke pejabat persatuan dia, akulah yg jadi driver. sepanjang perjalanan, kami akan bersembang lagi. ayah juga suka bercerita tentang perubahan yg dah berlaku dikawasan2 yg kami lalu, ayah akan bagitau dulu kat sini kebun getah dah jadi perumahan, dulu itu jambatan kayu kecik sekarang dah jadi jambatan konkrit yg lebar, dulu kat sinun ada rumah sekarang dah jadi kedai, dulu kat situ komunis penah bunuh orang dan macam2 lagilah. aku ni lah yg jadi pendengar setianya. mak kat belakang bengang ja dengan suara ayah yg kuat n tak reti diam tu. mak kata memanglah semuanya dah berubah, kalau nak cerita semua sampai esok pun tak habis. ayah aku mula hangin, dia jawab "biaq pi la aku nak cerita, jasrul bukan tau lagi, mak hang dah tau sudah la..". aku tersengih ja.. padahal dah lebih 10 kali kot dia cerita kat aku, hehehe.
Hari ni, kalau aku balik kampung dah tiada lagi cerita2 tu semua. aku rindu sangat nak dengar cerita2 tu lagi. ayah ulang lah 100 kali pun, aku akan mendengarnya, aku akan terus bertanya dan ayah akan terus bercerita. aku tak pernah jemu. aku rindu suara ayah, cerita ayah, celoteh ayah, ketawa ayah. aku rindu rokok daun yang ayah gulungkan. aku rindu nak picit2 badan ayah. aku rindu nak membonceng motor dengan ayah, aku rindu nak ayah temankan aku drive kereta. aku rindu nak lepak dengan ayah n kawan2 sepejuangan dia di pejabat persatuan ayah. Aku tau, semua tu tak akan mungkin terjadi. hanya doa anak yang soleh yang boleh menemani ayah disana.
Semoga roh ayah tenang dan semoga ayah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. AMIN.
Gambar ni diambil pada 27.04.2010, genap sebulan sebelum ayah meninggal. Aku snap gambar ni masa aku nak bersalam dengan ayah n nak balik ke Johor selepas bercuti. Ayah tak sempat nak posing, nampak tak kat tangan dia tengah balut rokok daun. kotak fumakila tempat ayah buang sampah2 dari rokok daunnya.
Jenazah ayah sebelum dikafankan. Abang aku tengah bacakan Al Quran.
Gambar bawah ni semasa pengkebumian jenazah ayah.