30.12.11
18.12.11
13.12.11
AKU, DIA & NIKON D5100
hurmm... kali ni my Nikon D5100 ni untuk menggantikan D3100 yg dah lepas. Dia jgn lupe lak.. d5100 ni dia tak de share macam d3100 lepas. dah la beli share2 tp dia yg byk gune, pastu dia citer kat 'orang' ckp dia punye sorang. sampai orang perli2 aku. last2 d3100 hancus ditangan dia jugak. Now, d5100 dia dah tak de share tau, klu dia nk pegang d5100 ni, aku rase risau semacam je coz tangan dia tak cukup kuat nk pegang cmera besar camni. so, dia amik la samsung digital tu ye. tp dia jangan sedih, wpun dia tak dibenarkan guna d5100 ni, tp gambar dia byk snap dr d5100 ni. smp risau lak aku takut termuntah plak d5100 ni dek kerana penuh ngan gambar dia je. jom dia, kita asah semula bakat yang dah lama terkubur =)
gmbr ni dia yg amik masa aku gi toilet jap.. perasan lawo sgt le tu
dua cincin? satu dia beli, satu lg sape bg?
lacoste @ JPO
cermin sakti tu kata ade snow brown jauh lebih cantik!
aku tak bermaksud macam tu pun
dia tau tak mata ni boleh membunuh!!!
dia sepet!
dia jage kedai kite baik2 tau, aku nak 1st quater thn depan untung juta2,
pastu kita buka cawangan kat Johor Premium Outlet tau
ni ha kedai lacoste kat JPO ni nanti kita buka kedai kain kat sini,
suh lacoste pindah kat pasar karat je
dia ni ngan bas xpres pun nk bergambar
umah aku semak la dia. bila dia nak jadi bibik aku ni?
Johor Premium Outlet (JPO)
28.11.11
Kisah suami isteri
Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, menimbun kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya kat bini, boleh kerja?
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Sambil2 online jual kain.
Malam buka kain.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain.
1.11.11
17.10.11
3.10.11
25.9.11
SEMENANJUNG EMAS
Semenanjung Tanah Melayu suatu ketika dahulu digelar oleh pedagang dan pengembara India dengan panggilan Suvarna Bumi atau Bumi Emas. Plotemy, ahli falsafah dan ilmu alam Yunani pula menggelarkannya Golden Chersonese yang bermakna Semenanjung Emas.
Mengapa Semenanjung Tanah Melayu digelar sedemikian rupa? Adakah kerana terdapatnya emas dengan banyaknya di sini. Tetapi sesuatu yang pasti ialah semenanjung ini terletak di laluan utama yang menghubungkan dua lautan penting iaitu Lautan Hindi dan Laut China Selatan yang merupakan laluan utama perdagangan dua tamadun besar iaitu tamadun India dan tamadun China.
Pertembungan dua tamadun besar ini telah menampilkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan Tenggara Asia ketika itu. Selain daripada bangsa Asia seperti Arab, India dan China, bangsa Eropah meskipun mula hadirnya untuk berdagang tetapi kemudian menjadi tamak lalu mula campur tangan urusan dalaman politik dan seterusnya mencari peluang untuk menjajah.
Selain dari lokasinya yang strategik di tengah laluan utama perdagangan laut, Semenanjung Tanah Melayu juga kaya dengan hasil bumi. Cuacanya yang stabil sepanjang tahun serta kehijauannya subur melambai menjadikan ia lokasi yang menarik untuk dijadikan destinasi niaga dan penenpatan.
Semenanjung Tanah Melayu juga terserlah kaya dengan hasil galian seperti emas dan bijih timah. Penghantaran ufti bunga emas kepada Siam mengesahkan bumi ini kaya dengan emas. Semenanjung Tanah Melayu juga mewah dengan hasil hutan serta bahan-bahan eksotik seperti sarang burung, kayu cendana manakala spesis binatangnya yang pelbagai menjadikan ia tempat memburu yang lumayan.
Namun satu perkara yang tidak kurang menarik adalah keramah tamahan rakyat pribuminya yang sentiasa menghormati tetamu, bermurah hati dan tidak mencari persengketaan, malah cintakan keharmonian dan keamanan yang menjanjikan setiap pengunjungnya kesejahteraan.
Atas sebab-sebab inilah Semenanjung Tanah Melayu digelarkan Semenanjung Emas kerana layanan emas oleh rakyat pribumi, peluang keemasan dari keuntungan perdagangan serta sememangnya bumi ini kaya dengan emas.
Penyebaran agama Islam di nusantara Melayu bermula pada kurun 13 dan sampai ke kemuncaknya pada kurun ke-16 Masihi turut menyumbang kepada kepesatan ini. Pedagang dari Arab dan India Muslim kebanyakkannya juga adalah golongan pendakwah dan mereka inilah yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di rantau ini. Walau bagaimanapun ada juga bukti yang menunjukkan Islam juga masuk dari timur yakni dibawa dari China, menjalar ke Kemboja dan ke pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Batu bersurat yang ditemui di Terengganu adalah satu bukti kemungkinannya berlaku sedemikian.
Pedagang Arab dan India Muslim datang ke sini semata-mata untuk berdagang dan berdakwah. Mereka tidak mempunyai niat untuk berpolitik atau menjajah. Oleh kerana itu kehadiran mereka tidak menimbulkan keresahan malah sebaliknya Islam dengan mudah tersebar.
Pada zaman Kesultanan Melayu lama, hak berniaga adalah hak eksklusif raja-raja. Merekalah yang memiliki lombong, memegang hak mengeluarkan hasil hutan, memegang kuasa mengutip cukai termasuklah hak keistimewaan untuk mengekspot segala hasil mahsul. Rakan niaga mereka pula terdiri daripada pedagang Arab dan India Muslim. Dari sinilah pengaruh Islam tersebar serta dari sinilah wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak.
Pedagang Arab selalunya tidak tinggal lama di Tanah Melayu. Mereka menjalankan tanggungjawab dakwahnya dengan mengajar agama seperti fardhu ain dan mengaji Al Quran. Pedagang India Muslim pula selalunya singgah lebih lama dan lebih kerap singgah di Tanah Melayu.
Hal ini mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara mereka dengan raja-raja dan ekoran dari itu kebanyakan dari perniagaan raja-raja diuruskan oleh pedagang India Muslim. Merekalah yang menguruskan pengekspotan hasil mahsul kepunyaan raja-raja kerana mereka mendapat kepercayaan raja-raja serta penuh berpengalaman.
Kita biasa mendengar perkataan mamak bendahara dalam kisah-kisah Melayu lama. Mamak bermakna pakcik, disebabkan kemahiran mereka menguruskan perniagaan ada kalangan mereka dilantik oleh raja untuk menjadi bendahara, maka dari sini timbullah gelaran mamak bendahara.
Kemakmuran di rantau ini telah menjemput pedagang Eropah ke Semenanjung Tanah Melayu, namun kehadiran mereka membawa kesan yang jauh bezanya kalau dibandingkan dengan kehadiran pedagang Asia. Pedagang Eropah datang ke rantau ini dengan tujuan untuk merampas monopoli golongan pedagang Asia dalam perniagaan rempah-ratus. Memandangkan Eropah menjanjikan pasaran yang besar untuk rempah-ratus maka wujudlah syarikat-syarikat dalam bentuk kartel di Eropah yang bertujuan menguasai perniagaan rempah-ratus di Asia. Dari sini timbullah Syarikat Hindia Timur Inggeris dan Belanda.
Melaka khususnya telah menjadi tumpuan pedagang Eropah. Sebagai pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu, Melaka yang diasaskan oleh Parameswara yang berasal dari Palembang telah menawarkan prasarana pelabuhan yang baik yang terlindung dari angin monsun serta pentadbiran shah bandar yang bersistem. Kedudukan Melaka yang terletak di tengah-tengah laluan Selat Melaka menjadikan ia amat strategik. Sikap pemerintah Melaka yang pro-perdagangan memperkukuhkan lagi sebab mengapa Melaka berjaya berkembang pesat menjadi pusat tumpuan pedagang Eropah di nusantara Melayu.
20.9.11
19.9.11
Nostalgia Pak Ku Shadat
Semenjak dua menjak ni aku suka cari balik lagu2 nyanyian Pak Ku Shadat kat youtube. sebenaqnya, bila aku dengaq balik lagu2 Pak Ku Shadat aku teringat zaman aku kecik2 dulu, aku teringat jugak kat arwah ayah aku.aku ingat lagi suatu ketika dulu dalam lewat 80an hingga awal 90an lagu2 Pak Ku Shadat banyak berkumandang di corong2 radio bila RTM Kedah memutarkan lagunya. selain tu, di pasar2 malam, pekan senanyan (Isnin) dan pasar sehari di gerai yg jual kaset2 pirate (masa tu tak dak lagi vcd/dvd) akan memutarkan lagu Pak Ku Shadat untuk menarik pelanggan dan sebagai tanda di situ ada jual kaset Pak Ku Shadat. tp yg ori punya, pasal kaset Pak Ku Shadat yg ori punya pun lebih kurang ja harga dengan kaset pirate artis2 popular ketika tu, maklumlah, artis kampung ja. Ekspo2 anjuran kerajaan juga seperti ekspo pertanian, ekspo pendidikan dan lain2 ekspo seumpamanya juga di Negeri Kedah ni akan memainkan lagu2 Pak Ku Shadat. tidak ketinggalan rumah2 kenduri pada masa tu pun akan memutarkan kaset Pak Ku Shadat, maka meriahlah majlis kenduri kendara tu apabila suara Pak Ku Shadat yg cukup popular di Negeri Kedah ketika tu berkumandang di corong speaker rumah kenduri yg biasanya di pasang di pokok nangka, pokok nyiok, pokok pinang atau apa2 pokok tinggi yg ada depan rumah kenduri tu. klu tak dak pokok kat umah tu, tuan rumah akan pasang speaker pada buluh panjang dan buluh tu diikat ke tiang khemah kenduri, dari jauh dah boleh dengaq bunyi kemeriahan rumah kenduri dari speaker tinggi yg ala2 menara siren di kem tentera.
Pak Ku Shadat merupakan suatu fenomena ketika itu terutamanya dari kalangan rakyat negeri2 di utara semenanjung. fenomena Pak Ku Shadat ni dah sama macam fenomena Mawi, Wali Band mahupun Maher Zain yg kita rasai hari ini. cuma gelombang fenomenanya hanya dirasai di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Lagu2 nyanyian Pak Ku Shadat yang didendangkan di dalam loghat Kedah begitu dekat dengan hati penduduk utara pelbagai lapisan. orang tua suka, orang muda suka, budak2 pun suka, tak kira lelaki, perempuan mahupun pondan. selain itu, lagu2nya juga penuh dengan unsur2 nasihat dan bukan hiburan semata2. muziknya pula hanyalah paluan gendang, gong dan tiupan serunai.
Dalam banyak2 lagu, yg paling popular dan menaikkan nama Pak Ku Shadat ketika tu ialah lagu Vespa Hj Samad. di sekolah aku ngan kawan2 aku asyik menyanyi lagu tu. balik umah aku main depan rumah kawan aku, ayah dia pasang kaset Pak Ku Shadat lagi. dan yang paling aku tak boleh lupa masa aku ikut ayah aku ke suatu kenduri kahwin di Petronas Jeniang, mungkin anak tokey petronas tu kawin kot, tuan rumah menjemput Pak Ku Shadat menyanyi live di majlis kendurinya. aku sampai tak ingat nak makan, asyik la dok perati Pak Ku Shadat menyanyi. Pak Ku Shadat masa tu tak bawak team muziknya, tp dia bawak minus one dan dia sendiri kontrol peralatan PA sistem tu. aku tgk pak ku shadat duduk atas kerusi, depannya ada meja mcm meja sekolah n atas meja tu ada sebuah buku, dia menyanyi sambil merujuk kepada buku tu. manakala pa sistem n player ada di sebelah dia. Pak Ku Shadat memakai baju melayu serba hitam dan bersampin serta sehelai kain merah diikat ke kepalanya ala2 tanjak orang dulu2.
Suatu hari ayah aku bawak balik kaset Pak Ku Shadat dan tunjukkan kat aku, bukan main suka lagi aku. aku ingat lagi cover depan kaset tu ada gambar Pak Ku Shadat berpakaian kebangsaan berdiri di sebelah kereta Proton Saga. mungkin kaset tu yg versi special dedicate sempena pelancaran kereta nasional pertama thn 1985. aku terus suruh ayah aku pasang kaset tu, ayah aku cakap radio dia tak leh main kaset, so ayah aku mainkan kaset Pak Ku Shadat kat radio dalam kereta dia. lepas daripada tu, setiap kali naik kerata ngan ayah aku, kaset Pak Ku Shadat lah yg menemani perjalanan kami sampai aku boleh hafal lagu2 dia.
Itu cerita lebih 20 tahun yg lalu...hari ni Pak Ku Shadat dah tak ada lagi. beliau telah kembali kerahmatullah pada 1 Disember 2008 ketika usianya 88 tahun. beberapa tahun sebelum tu aku ada terbaca kat paper kisah penderitaan Pak Ku Shadat yg dah uzur, tinggal dirumah usang yang disewanya bersama isteri, tiada pendapatan tetap. kesian...diceritakan lagi, walaupun telah uzur, Pak Ku Shadat masih membuat persembahan di rumah2 kenduri jika dijemput, itupun semakin kurang job yg dia dapat.
sekarang...lagu2 Pak Ku Shadat tidak lagi kedengaran di corong2 radio, pasar2 malam, ekspo dan rumah kenduri. tidak lagi menjadi siulan di bibir rakyat utara tua dan muda. dilupakan terus. apatah lagi artis2 luar semakin ramai datang cari makan di bumi bertuah ni, orang lagi suka dengar lagu Maher Zain dan Justin Bibir. biarlah... dapat yg baru yg lama jangan dibuang.
Siapakah insan seni bernama Pak Ku Shadat yang sangat patriotik dan berjuang dengan caranya yg tersendiri ini? ce tgk.....
V
V
V
di copy dari catatan oleh Omar M. Hashim (Omara)
V
V
V
Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.
Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.
Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin. Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.
Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.
Pak Ku Shadat tinggal di rumah sewanya di tengah sawah Tambun Tulang, Perlis, ketika saya berusaha mencari Pak Ku Shadat yang sudah lama menghilangkan diri. Walaupun dipujuk beberapa kali hendak merakamkan persembahan Allahyarham dalam bentuk vcd, tapi Pak Ku tetap dengan pendiriannya hendak mengundurkan diri di bidang seninya kerana katanya dia kecil hati dengan beberapa orang yang menghina kebolehannya itu.
"Depa kata suara Pak Ku dah tak sedap lagi.. jangan menyanyi lagi...", keluhnya kecewa.
~ psst : lagu Pak Ku Shadat kegemaran aku ialah Vespa haji Samad, Kisah Zaman Jepun, Di Sekolah Hari ini, Proton Saga dan Pi Mai Pi Mai Tang TU
18.9.11
12.9.11
Peristiwa Bukit Kepong : The Last Post
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
- Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
- Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
- Anggota Polis
- Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7168 Jidin Omar
- Konstabel 9136 Hassan Osman
- Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
- Konstabel 8600 Jaafar Hassan
- Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
- Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
- Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
- Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
- Konstabel Marin 68 Awang Ali
- Konstabel Marin 181 Basiron Adam
- Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
- Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
- Polis Bantuan
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad Yatim
- AP Mahmood Saat
- AP 1925 Ali Akop
- AP 2127 Othman Yahya
- Keluarga Anggota
- Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP Redzuan Alias
- Embong Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
~Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang Negara ini yang beragama Islam dan berafakur untuk mereka. Kalau pun tidak mahu dikenang sebagai wira, pejuang, pahlawan atau sebagainya, janganlah pula mereka dihina dan di tuduh pula sebagai petualang. kerana kita, belum tentu sanggup menggadai nyawa seperti mereka.~
18.8.11
15.8.11
Sepanjang jalan kenangan...
Sepanjang jalan kenangan
Kita selalu bergandeng tangan
Sepanjang jalan kenangan
Kau peluk diriku mesra
Hujan yang rintik rintik
Di awal bulan itu
Menambah nikmatnya malam syahdu
Kita selalu bergandeng tangan
Sepanjang jalan kenangan
Kau peluk diriku mesra
Hujan yang rintik rintik
Di awal bulan itu
Menambah nikmatnya malam syahdu
Subscribe to:
Posts (Atom)