21.7.11

HaQiQaT

Blue knight from the east..Ksatria biru dari timur.. itu trademark yg aku buat untuk bloq ni dengan slogan "berjuang untuk sebuah kehidupan"..
bukan aku nak paparkan diri aku sebagai seorang "Wira" kat sini atau pun seorang "Pejuang" berani mati.. tapi ianya hanyalah untuk diri aku sendiri..ksatria biru ni mmg cita2 dan minat aku sejak dulu, manakala perjuangan adalah perlu ada dalam diri setiap insan. dalam konteks ini, perjuangan yg dimaksudkan ialah untuk diri sendiri terlebih dahulu dan diikuti untuk org lain. berjuang untuk kehidupan yg lebih baik.. hari ni lebih baik dari semalam dan seterusnya.. bukanlah nak jadi pejuang agung kepada sebuah negara.. (sebenarnya setiap org mampu jika diberi peluang) tetapi sekadar wira untuk diri sendiri, keluarga dan orang2 terdekat.
Dalam hidup aku, ada beberapa perkara yg harus aku perjuangkan.. ada diantara perkara tersebut selama ini aku perjuangkan sendirian wpun untuk kebaikan beberapa pihak. namun aku terus kan juga.. tak pernah putus ada.. kadang2 patah semangat juga, tapi aku cepat2 pulihkan kembali kerana hanya aku yg boleh berjuang untuk diri aku dan aku tak boleh mengharapkan org lain.
Dalam meneruskan sebuah perjuangan, sokongan dari insan2 tersayang amat diperlukan. wpun mereka tak tahu secara jelasnya apakah yg sedang aku perjuangkan, tetapi apabila mereka sentiasa berada disamping aku saat susah dan senang, berkongsi segala masalah, mendengar keluhan aku, itu sudah mencukupi..
sekarang, senarai perkara perjuangan aku bertambah lagi.. demi untuk sebuah kehidupan sedangkan yang lamanya masih belum selesai.. apa pun akan aku bawa terus untuk di perjuangkan,
tak larat pikul aku kendong,
tak larat kendong aku heret,
tak larat heret aku mengesot pun tetap akan aku perjuangkan,
kerana selagi nyawa dikandung badan,
kita tidak akan pernah berhenti menghadapai cabaran untuk diperjuangkan.
hatta menarik dan menghela nafas itu juga adalah perjuangan jasad untuk terus bernyawa...

1 comment:

  1. Hai..Jasrul..Izza told me bout u a year dulu. Berjuang lah untuk kehidupan dan semoga bahagia. Patut la Izza cukup redha dengan semua tindakan awak..rupanya terselit sebuah hikayat.

    ReplyDelete