6.3.11

HIDUP...
setiap orang sanggup buat apa sahaja untuk hidup,
ada yang makan untuk hidup, ada yang hidup untuk makan,
ada yang sanggup mencuri, merompak dan melakukan pelbagai jenayah untuk hidup mewah,
ada yang sanggup mengemis demi sebuah kelangsungan hidup,
ada pula yang sanggup membunuh asalkan dirinya dapat teruskan kehidupan,
penindasan, fitnah, penganiayaan dan sebagainya semuanya untuk hidup.


Yang bijak untuk hidup,
akan merencanakan sebuah kehidupan yang teratur,
yang lebih bijak, akan mendapat kehidupan yang cemerlang,
mereka belajar kemudian mereka berusaha, mereka bekerja.
dalam masa yang sama mereka terus belajar,
mereka memastikan apa yang telah direncanakan dicapai kemudiannya.


mereka BERJUANG UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN,
kerana mereka tahu,
KEHIDUPAN ADALAH PROSES PEMBELAJARAN DAN PERJUANGAN YANG TIADA BATASAN.
:)

No comments:

Post a Comment