4.5.13

Ayah - Kiri

Ayah aku, Allahyarham Hj Jamaluddin bin Md Nor (Feb 1931- Mei 2010) 
Dia remaja di zaman penjajahan jepun, dia lihat kebangkitan nasionalisme pada 1946, dia menghitung hari untuk menyambut ulangtahun ke 18 bukan kerana ingin bersuka ria, tapi kerana ingin mengangkat senjata.. detik 12 tengah malam 31 ogos 1957 dia lekapkan telinga di corong radio mendengar berita dari Kuala Lumpur, jika union jack tidak diturunkan dia bersama pemuda2 akan bangkit! pagi 31 ogos 1957 dia berpakaian segak, seluar putih dan baju putih serta bersongkok hitam merayakan kemerdekaan negara. kemudian dia lawan pemberontakan komunis habis-habisan.. dia pernah cerita ketika semangat nasionalisme bangsa Melayu baru tercetus.. Melayu bangkit dengan slogan Hidup Melayu! kerana sebelum itu Melayu umpama mati, kemudian Bangkit Melayu! kerana sebelum itu Melayu tidur..seterusnya Bersatu Melayu! dan segala cogankata hinggalah ke hari ini.. kalau dia ada hari ini dia juga akan cakap 1Malaysia!
Alfatihah.