20.11.13

Pada 29.10.2013 @ 0439hrs lahirlah puteri sulong kami ke dunia ini,
datangnya menyerikan hidup kami, mengikat erat lagi kasih sayang antara kami.
Allah tidak hanya anugerahkan "Queen" kepada kami, 
disertakan-Nya juga bersama zuriat kami ini rezeki yang tak disangka-sangka yang melimpah ruah.
syukur ALHAMDULILLAH

Mama & Ayah sayang kamu
Quinn Elyahana Binti Jasrul





31.7.13

SELAMAT HARI PAHLAWAN
-31 JULAI 2013-




Teringat aku masa sambutan Hari Pahlawan tahun 2009. Masa tu aku dengan beberapa orang kawan platun aku ditugaskan untuk menggantikan Jalur Gemilang yang dipegang oleh replika perajurit di atas Tugu Negara. Kami naik ke atas tugu dengan menggunakan tangga. Selesai tukar bendera Malaysia, nak turun tengok tangga dah dialihkan. terjerit2 kami panggil orang dibawah tapi diorang tak tau tangga letak kat mana. kemudian VVIP mula masuk ke kawasan tugu.. terpaksalah kami mematikan diri bersama2 perajurit diatas tugu sehingga majlis selesai. tapi kami sangat seronok kerana tak semua orang berpeluang 'melawat' sampai ke atas Tugu Negara. mungkin ini pengalaman sekali dalam seumur hidup aku! :)

8.7.13

Setahun sudey..

6.7.2013 genaplah setahun kami diijabkabul menjadi suami isteri... malah kali ini lebih indah apabila menantikan kehadiran permata hati dalam hidup kami.. Insyaallah..
sekejap sungguh masa berlalu,






















TERIMA KASIH Saudari kerana sudi menjadi isteri pertamaku...
DUNIA dan AKHIRAT












4.5.13

Ayah - Kiri

Ayah aku, Allahyarham Hj Jamaluddin bin Md Nor (Feb 1931- Mei 2010) 
Dia remaja di zaman penjajahan jepun, dia lihat kebangkitan nasionalisme pada 1946, dia menghitung hari untuk menyambut ulangtahun ke 18 bukan kerana ingin bersuka ria, tapi kerana ingin mengangkat senjata.. detik 12 tengah malam 31 ogos 1957 dia lekapkan telinga di corong radio mendengar berita dari Kuala Lumpur, jika union jack tidak diturunkan dia bersama pemuda2 akan bangkit! pagi 31 ogos 1957 dia berpakaian segak, seluar putih dan baju putih serta bersongkok hitam merayakan kemerdekaan negara. kemudian dia lawan pemberontakan komunis habis-habisan.. dia pernah cerita ketika semangat nasionalisme bangsa Melayu baru tercetus.. Melayu bangkit dengan slogan Hidup Melayu! kerana sebelum itu Melayu umpama mati, kemudian Bangkit Melayu! kerana sebelum itu Melayu tidur..seterusnya Bersatu Melayu! dan segala cogankata hinggalah ke hari ini.. kalau dia ada hari ini dia juga akan cakap 1Malaysia!
Alfatihah.