23.12.10

hari ini 27 tahun yang lalu....

Hari ini, 27 tahun yang lalu,.. aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. menjadi adik bongsu daripada delapan beradik, dengan 4 kakak dan 3 abang... gaps dengan abang aku yang no 7 tu lak lebih 10 tahun.. masa aku dilahirkan, aku dah ada 2 anak sedara yang umo 2 n 4 tahun..so, aku terus dapat pangkat 'pak menakan' (bapa saudara) sebaik aku keluar dari perut mak aku. akulah yang digelar........PAK UDA.....
Boleh dibayangkanlah macamana 'kemunculan' aku ke muka bumi ni yang secara tiba2 tu mengejutkan banyak pihak. mendapat pelbagai reaksi daripada sanak saudara dan sahabat handai mak ayah aku.. sampai ada yang kata.."laa... ingatkan cucu"...tapi dengan kembang kempis idung ayah aku menjawab "inilah anak kami"....
Dah selamat di lahirkan.. now, problem ayah aku ialah nak mencari nama yang sesuai... ayah aku cerita, dia ada listdown 10nama untuk aku.. tp dia confuse nak letak yang mana satu..semua nama mula ngan huruf 'J' sebab nama adik beradik aku mmg semua 'J' sempena nama ayah aku Jamaluddin. pastu ayah aku bawak list nama tu ke Balai Polis Jeniang untuk daftar.. sampai kat balai tu, ayah aku jumpa OCS Balai Jeniang n mintak OCS tu pilih...OCS tu nama dia Sjn Jaafar dan nama anak dia juga semuanya mula dengan 'J'. OCS tu pun pilih tapi semua dia tak berkenan,kemudian OCS tu cadangkan kat ayah aku supaya letakkan nama "JASRUL" sebab anak dia yg waktu tu umo setahun dia letak nama Jafrul.. kira hampir ngan nama anak dia..
ayah aku pun x cakap banyak terus register nama tu.. maka atas surat beranak aku pun tercatatlah nama "JASRUL BIN JAMALUDDIN"... nama yang diberikan oleh seorang Ketua Polis Balai di Balai Polis Jeniang!
>
>
>
Itu cerita 27 tahun yang lalu...hari ini aku berusia genap 27 tahun. mungkin x banyak pengalaman hidup aku. tapi dilahirkan dalam keluarga yang besar ini.. memberikan aku 1001 pengalaman yang tak mungkin akan dapat di mana2. wlau masih bujang, tp aku kini dah ada lebih kurang 30 anak saudara dan 6 (kot) cucu saudara.. aku bukan sekadar Pak Uda, tapi dah upgrade jadi Tok Uda...!
ayah pun dah meninggal kira2 6 bulan lalu (27.05.2010)... mak ada kat kampung di Jeniang, kadang2 kakak aku datang ambil duduk dengan depa... nasib baik ada adik beradik yg dekat ngan kampung... boleh la depa selalu jenguk mak. aku jauh kat penghujung benua asia... dulu boleh la aku dekat ngan mak.. tiap2 minggu aku balik kg. skrg oleh kerana kehendak tugas, aku jarang dapat balik kg. tp aku tetap call mak selalu...
TERIMA KASIH MAK KERANA MELAHIRKAN AKU 27 TAHUN YANG LALU..dan mak n ayah membesarkan aku sehingga aku jadi seperti hari ini... aku ingat lagi kata2 ayah aku masa last aku balik kg sebelum dia meninggal, lebih kurang sebulan sebelum dia meninggal....
"aku pindah dari Bandaq Bharu mai ke Jeniang ni (1970an), memang aku tinggai habih tanah2, kebun2 kat sana. aku pun tak dak harta kat sini.. tapi apa yang aku dapat ialah sekolahkan anak2 aku sampai habih..kalau dok kat Bandaq Bharu dulu mungkin anak2 aku tak dapat sekolah" "duduk kat kampung sana (Bandar Bharu) pun asyik dok berebut harta dengan adik beradik lain ja.. baik aku tinggai habih.."
terharu aku... mmg la masa tu kat bandaq bharu tak dak sekolah yang dekat,, skolah semua jauh..
kat jeniang ni dekat ngan skolah... jadi ayah aku merantau sampai ke jeniang ni (masa tu tempat jin bertendang) semata2 memikirkan faktor geografinya yang sesuai untuk anak2 nya...
hari ni... mak n ayah aku mungkin dapat menarik nafas lega bila semua anak2nya dah 'lepaih'... lapang....
ayah aku pun sebelum meninggal, dapat tengok semuanya sempurna,, aku pun dah dapat kerja dlm bidang yg ayah aku amat2 sokong.. dan mungkin sebab aku sendiri 'dinamakan' oleh seorang Ketua Polis Balai, aku kini juga menjadi seorang Pegawai Polis....

~jangan biarkan detik itu sia-sia~

Detik yang sebenar hanya datang dalam 1 saat...cuma 1 saat,
sesiapa yang rebutkan satu saat itu, sudah semestinya dia telah bersedia sejak sebelum saat itu tiba,
dan dia akan mengambil saat-saat seterusnya selepas saat pertama bermula...
dia amat teliti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sedetik saat itu...

sedetik saat itu mungkin datang pada waktu seperti ini ~12:00:01am 23.12.2010....
dan detik ini hanya datang sekali seumur hidup. :)

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

it's hard...

it's hard to find someone whom you truly love,
much less to find someone who love you as much.
When the chance comes, don't ever let go.

22.12.10

hari ini sangat penat....

semalam (21.12.10) pagi2 aku dah btolak pegi IPK Selangor, sidang ngan KDN, balik smp dah 8malam,
kul 12 kuar ops smp 3 pagi..
pastu bangun pagi2, lepas mandi lebih kurang, terus masuk opis...
lepas pegang 2  3 keja, bertolak ke JB, pegi Jab Kimia, unit patologi Hosp JB, pastu balik opis.. dah lepas kul 5..
kul 5ptg sambung masuk Peg Bertugas kat DCC n just check out at 0800hrs esok!
aduii... penatnya gua,... padahal malam ni special day gua... celebrate kat DCC je lah..

tetiba rindu kat mak pulak...
terima kasih mak.......

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Telah dikurniakan akan diriku dua buah mata
telinga dan hati


Mata untukku melihat
Telinga untukku mendengar dan
Hati bagiku membezakan segala kebaikan dengan keburukan


Dan aku amat bersyukur kepada-Nya
kerana semua 'anugerah' ini
aku bergelar Insan di atas muka bumi yang telah dibentangkan oleh-Nya untukku


Amin